BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

NUFFNANG ADS

Saturday, October 22, 2011

Canon PhotoMarathon Malaysia 2011

Salam dan Halooooooooo....

Sedar tak sedar.......da cukup seminggu selepas acara(tajuk kat atas) berlalu. Kali pertama aku sertai pertandingan(boleh kata pertandingan) dan acara besar yang dianjurkan salah satu syarikat kamera terbesar kat dunia ni.

Malas nak cerita sebenarnya tapi nak cerita gak. Ok...mane nak mula...hurm......-.-'

OK...macam ni. Seminggu lepas, hari Sabtu la.....Mulanya rancang memang tak pergi event ni(walaupun dah bayar yuran kemasukan dia rm25). Tapi akhirnya dapat jugak. Yeah...tu pun selepas paksa ayah aku....Mintak dia hantakan sampai Pavi kat KL tu...

Jadi kene la bangun awal...Kelam kabut la pasal last minit preparation. Main sumbat je barang-barang. Dan macam biasa la...memang akan ada benda yang tertinggal. Tripod besar tertinggal...sempat bawak tripod kecik jek......

Jalan punya jalan.....AKHIRNYA!!! sempat juga daftar....Kui3...Thanks tu Yana Ahmad Zaki dan Lydia Amalina yang sudi menunggu dan memaksa aku datang. Dapat la beg kertas siap dengan baju merah tuk event ni lepas daftar. Dan juga Dunkin Donuts dua keping/buah dan sebotol air mineral.


Sebenarnya event ni boleh kata acara tahunan Canon la. Dia akan wat kat hampir semua negara Asia. Kalau nak detail bole pergi kat Laman ni....Canon PhotoMarathon(klik la). Memang ramai orang la. Sebab warganegara dan juga status penduduk tetap layak untuk menyertai.


Gambar kat atas memang nak menunjukan betapa ramai nye orang nya sertai event ni...Tengok la....baju rasmi dia wane Merah(aku tak faham la kenapa sekarang banyak sangat amik warna merah sebagai warna rasmi...kenapa3x??)..

Macam biasa(ceh..macam la sebelum ni pernah join event-event photography macam ni) setiap event photography mesti ada tema dia. Untuk Canon PhotoMarathon ni kita kena hantar tiga gambar yang bersesuaian dengan tiga tema yang diberi. Tema-tema tersebut adalah.....
  1. Guardian of Earth
  2. Cities of Colour
  3. Extraordinary of Ordinary
( Kalau korang klik pada tema-tema kat atas korang le terus ke gambar yang aku snap. :D )

GUARDIAN OF EARTH

Dengar jek tema pertama ni hati bukan main teruja lagi. Biasa la....pertama kali kan. Jadi kami bertiga pun mulakan perjalanan berjalan-jalan mencari 'target' untuk 'ditembak'. Jalan punya jalan lah. Nak mencari yang lain dari yang lain memang susah. Lagi-lagi bile kita tengok ramai photographer lain. Tapi secara jujur bukan nak menang niat di hati. Hanya nak ambil pengalaman jek. Jadi ni la gambar aku untuk tema pertama.


Jumpa aunti ni masa jalan kat lorong-lorong kota raya Kuala Lumpur. So 'snap' satu.

CITIES OF COLOUR

Cukup tiga jam berjalan kami balik ke checkpoint untuk dapatkan tema yang kedua. Ha.....Cities of Colour....KUALA LUMPUR CITIES OF COLOUR!!!! lalalalalalala.....Gila kitorang mencari ape yang sesuai. Sampai tak sedar berjalan dari Pavi ke KLCC dan hampir sampai ke KL Tower. Yang ni la bile kaki dah sampai kemuncak lenguh dan sakit. Last-last hamik je la ape yang nampak...


Hamik!! Cities of Colour of Kuala Lumpur....AHAHAHAHA...puas hati aku....>_<

EXTRAORDINARY OF ORDINARY

Baca tajuk pun tau tema ni bukan benda senang. Nak mencari benda biasa yang luar biasa. Tapi kat KL banyak. Ahahaha.. Jalan jek. Kami pun masuk ke lorong semula. Tapi kali ni relaks sikit la. Tak nak rush macam tema kedua tadi. Nampak kucing atas bumbung!! SNAP!!!


KUCING!!!.......

Apa yang seronok bile join event macam ni. Kita kenal ramai orang. Dapat banyak pengalaman. Lydia Amalina jugak ajar aku macam-macam pasal kamera aku. Ye la...aku tak pandai lagi guna kamera ni. Sebab tu ayah aku tak nak belikan aku lens. :'(....Ahahah...tapi seronok memang seronok. Keterujaan tu terasa bile ingat balik.

Ha...ni kalau korang nak tengok 10 Shortlister Entries 'Best of the Show'. Korang klik la kat sini.....sini......sini la......(klik!)

Gambar aku memang tak da la...tu pasti. Ahahahaha.....

-Tamat-


Monday, October 17, 2011

Bila Ditimpa Kesusahan~

Salam dan Haloooo0

Its been awhile since my last post in this blog(cheh....speaking lak ai dia). Bukan ape, bukan tak nak update blog, tapi kemalasan ni menguasai diri lebih dari segala-galanya.

Jadi dalam post kali ni nak menceritakan sedikit kesusahan yang telah menimpa diri ini dan keluarga semasa cuti Sem bermula.

Al-kisah bermula sejurus selepas ayah aku ambil aku dari kolej menuju ke Melaka. Dengan niat ingin menonton filem made in Malaysia yang terbaru pada masa itu. Riang di hati hanya Tuhan je yang tau.

Dalam perjalanan lebih kurang 5 minit dari kolej, suddenly aka tiba-tiba ayah aku mendapat panggilan dari kedai sebelah. Memang pelik lah sebab mane pernah kedai sebelah telefon. Suddenly aka tiba-tiba lagi ayah aku membuat hentian mengejut di tepi jalan dan membuat U-turn aka pusingan U dengan segera.

Dalam hati aku memang dah menjangka yang telah berlaku susuatu terhadap kedai runcit yang kami usahakan. Memang betul. Ayah aku mengatakan kedai telah terbakar. Dalam hati resah bagai nak gile. Macam mana la kalau kerosakan yang berlaku teramat teruk.

Setiba di tempat kejadian dua buah jentera Bomba telah berada di lokasi. Mujur(Alhamdulillah) tidak berlaku kerosakan teruk pada kedai. Cuma kotak kuasa utama kedai hangus teruk.


Pemilik kedai sebelah dan juga pihak Bomba betul-betul menyelamatkan keadaan daripada menjadi lebih teruk. Sangat berterima kasih pada mereka. Pada malam nya kedai tetap dibuka atas permintaan pelanggan. Walaupun meniaga dalam gelap tapi kerja tetap kerja.

Kos baik pulih hampir mencecah ratusan ringgit.



Akan tetapi kesusahan tidak berhenti disitu. Satu demi satu kesusahan yang menimpa. Hampir ribuan ringgit terpaksa dikeluarkan. Apakan daya. Takdir Tuhan terletak pada tangan-Nya. Kita hanya mampu redha atas setiap qada dan qadar.
Bersama ini seorang teman telah mengongsi sedikit nasihat~ Ketika ALLAH rindu pada HAMBANYA, Ia akan MENGIRIMKAN sebuah HADIAH ISTIMEWA melalui
MALAIKAT JIBRIL, yang ISINYA ADALAH UJIAN. Dalam hadis kudsi ALLAH berfirman, "PERGILAH PADA HAMBAKU, lalu, TIMPAKANLAH BERBAGAI UJIAN PADANYA, KERANA, AKU INGIN MENDENGAR RINTIHANNYA"

Dan dengan kemudahan teknologi sekaran kita boleh jumpa macam-macam doa(untuk orang Islam) yang bole membantu kita menempuh kesusahan dalam kehidupan. Antaranya~

اَللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً


Allaahumma Laa Sahla Illaa Maa Ja’altahu Sahlaa Wa Anta Taj’alul Hazna Idza Syi’ta Sahlaa

Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Dan apabila Engkau berkehendak, Engkau akan menjadikan kesusahan menjadi kemudahan.

Dan banyak lagi kalau dicari. Dengan itu kalau ditimpa kesusahan(nasihat kepada diri sendiri juga) jangan lah kita menyalahkan Tuhan. Sebab ape? Kerana setiap ape yang berlaku ada hikmah dan sebab dia. Jadi kita kena lah menerima dengan hati yang terbuka. :)

-Tamat-

Wednesday, August 31, 2011

Enteri Raya~

Salam dan Haloooooooo

Raya tahun ni merupakan raya yang paling berbeza dalam hidup aku. Tahun ni aku menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung mak baru aku di Kuala Selangor. Sehari sebelum raya aku dan keluarga bergerak.(gile skema, da lama tak tulis blog punya pasal).


Buka Puasa dalam Kereta
Macam biasa la, perjalanan jauh, gerak pulak petang, memang berbuka la dalam kereta. Tapi sebelum berbuka tu, jadi la perkara ini.
Tayar pecah tengah jalan, lagi beberapa minit sebelum berbuka puasa. Terbaik(bak kata Boiboi Boy). Nasib baik ada insan yang datang tolong. Kalau tak, bukan berbuka dalam kereta, berbuka tepi jalan la jawabnya.

Kematian itu Pasti
Dalam perjalanan pulang kami sekeluarga mendapat berita kehilangan seorang ahli keluarga. Kalau ikut pangkat, kira moyang la. Meninggal sehari sebelum raya, sebelum berbuka puasa pada hari terakhir puasa. Mati itu pasti.
Ingat pada mati mendekatkan diri kita pada Tuhan. Jadi kalau ada peluang menziarah tu, pergi la. Kita rasai kesayuan ahli keluarga, ada masa menusuk jiwa kita sendiri.

Raya Pertama Istimewa
Raya pertama yang lain dari yang lain. Bersama ahli keluarga baru
Dalam gambar ni ada Atuk, Nenek, Pakcik, Makcik, Makcik, Adik, Ayah dan Mak baru aku. Yang pakai ketayap tu, pangkat dia pakcik, tapi aku lagi tua. Tudung pink, makcik. Tua beberapa tahun jek. Tudung ungu(masa ni dia tengah emo) makcik paling muda. 13 tahun wei..

Meriam Sane-sini
Ape paling istimewa beraya kat Kuala Selangor ni? Nak dengar mercun punya la susah. Macam tak ada la. Tapi dengar bunyi lain. Bunyi meriam. BOOM!! BOOM!!! BOOM!!!. Bergema sampai pukul 2-3 pagi. Berlawan-lawan.
Susah nak dapat shoot ni. Ingat malam je ke orang main meriam? Lepas sembahyang raya. Bunyi meriam kembali bergema. Ahahahah. Kat kampung ni, tersangat la senang nak bermain meriam. Kat tepi-tepi jalan, depan balai raya, depan rumah dan juga depan surau disediakan dari meriam jenis batang pokok kelapa, PVC sampai la besi. Hebat tak hebat. Terbaik(pengaruh Boiboi Boy).

Penat berjalan dari siang raya pertama ni, sampai la malam. Sedara-mara sangat ramai. Susah la nak kenal sorang-sorang. Eheheh.

-Tamat-

Tuesday, August 2, 2011

HATE IT!!!!

Salam dan Haloooooo...

I Hate it when I sleep EARLY, but can't even Wake Up for Sahur.....-.-'

-END-

Saturday, July 30, 2011

A very Night....

Salam and Halooooo...


Its still hurt, i know this feeling. Like im already use to it. As im face it millions of time. But i wish it is all true. I know how hurt when its hurt. And im doing the same to other peoples. As what they used to say, "What comes around, goes around". Where i hope i can end all this, it all will be just a lie. A lie that makes me want to stop living as a human. But sometimes, hope shine through a dark sky, shine my very dark heart. I give me reasons to live, as im used to be. Where im hope my future can be better, then suddenly it will disappear. Let my standing alone right inside a shadow. A very dark one. I can feel my heart beats. And it hurts every inch of its pumping. Flowing my blood to every mile of my vein. Giving me life, where i hope will end.

-End-

Thursday, July 28, 2011

I Hope....

When im hopping for something...


I hope i never know this
I hope all this is just a dream
I hope this life can be better
I hope i never come to this place
I hope i never meet you, you, you, you, you, and you, also you, all of you

I hope im a better person
I hope there is still light inside me
I hope i can get to the right side
I hope i never do it

I hope this heart is strong
I hope i can wipe this tears alone
I hope i can meet you earlier
I hope im good in words
I hope you're mine

I hope i can kick your ass
I hope i can kick mine too
I hope there is someone that hate me and they planning to kill me
I hope i die in harmony
I hope there is still hope.....

:'(

Wednesday, July 27, 2011

BOSAN!!

Salam dan Halooo...


Aku sebenarnya dah penat hidup macam ni(tak bermaksud aku dah bosan dengan hidup aku, pastu esok aku bunuh diri)... Apa yang aku maksudkan, aku bosan dengan cara hidup aku sekarang.

Kekadang aku asik mintak sesuatu yang mustahil tuk aku dapat(nampak sangat tak bersyukur).
Ada masa bile diri kita ni dikuasai perasaan( u know...feelings..love bla bla bla bla).

Hidup ni kalau tak ada cinta macam mana agaknya. Ahahahahah..

Kita mencari kesempurnaan dalam hidup. Mencari yang sesuai dengan diri kita. Tapi tak semua yang kita hajati tuk akan menjadi kenyataan(sometimes non of it will become reality)

Aku percaya pada karma(tak bermaksud aku percaya dengan agama Buddha tu duh~). Apa yang aku maksudkan aku percaya pada konsep tu. Dalam agama Islam sendiri ada bagi tau, kita dapat balasan atas setiap apa yang kita buat. Terserah samada balasan tu kita dapat di dunia atau pun akhirat.

0_O

-Tamat-