BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

NUFFNANG ADS

Monday, December 27, 2010

Menatang Tak Berkaki

Salam dan Halooooo

Secara terus dan terang aku tak tau kenapa masa aku tulis enteri kali ni aku rasa geli sangat. Macam ada benda bawah kaki(jap tengok, ok tak ada, selamat). Korang rasa korang tau ape aku nak cerita hari ni? Tau? Ikan? Bukan.. Bukan ikan, tapi aku nak cakap pasal..
Ular...Aiyo, aku tak suka ular wei. Korang suka ke? Jujur la, aku kalau nampak ular, memang aku nak lari jauh-jauh. Geli kot. Tambahan lagi menatang ni bahaya, baik ada racun atau pun tak ada. Aku tak tau la kenapa ada orang suka kat ular ni. Eiiiiii

Korang tau-tau kan, ular ni memang popular dalam cerita rakyat. Kalau dalam agama Hindu, ular ni salah satu dari banyak-banyak dewa. Kalau kat barat un ape korang. Dalam cerita-cerita dongeng dan cerita dewa-dewi Greek. Ular antara elemen kejahatan. Contoh macam Sea Serpeants tak pun Medusa the Gorgon yang ada rambut ular yang amat banyak. (sumpah geli,korang tak geli?). Kalau ikut Bible, Lucifer menyamar jadi ular tuk perdayakan Adam dan Hawa. Kat tongkat Asclepius, ular disimbolikan sebagai penyembuh.(pelik)

Abang sedara aku ada bela seekor ular. Boa kot. Macam ular sawa gak, tak da bisa. Ayah aku suke la pegang. Gile aku nak pegang. Kang dia telan jari aku sia-sia je. Hish. Ok la. Aku un tak nak cerita banyak pasal menatang tak da kaki ni. Aku nak kongsi sikit fakta. Aha..Jom..

Fakta Ular

  • Ular ni bole dijumpai kat semua benua kecuali Antartika(gile ular nak hidup kat situ)
  • Ular ni karnivor ye kawan-kawan. Tak ada yang herbivor ape tah lagi omnivor. Penah tengok ular makan sayur kobis ke?
  • Ular ada 5 cabang keluarga, dan 2900 spesies
  • Ular ni da lama hidup, sebab pengkaji jumpa fosil. Mungkin ke naga-naga yang diceritakan dalam cerita dongeng merupakan ular yang bersaiz besar? aha. Siapa tau. Mungkin kan.
  • Orang minat ular dipanggil Ofiofilia
  • Orang takut ular dipanggil Ofidiofobia(aku ni)
-Tamat-

(Sumber:Wikipedia)

2 comments:

eistira saleh said...

macam wanita lah kau takut ular. haha

kirana said...

haha..
ukar pn tkt ke??
wakakaka