BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

NUFFNANG ADS

Sunday, December 26, 2010

Terbang Lah Kertas



Salam dan Halooooo

Kertas ape yang bole terbang? Aha. Korang tau ke? Tau? Betul..Kapal terbang kertas. Korang ingat tak..kalau ada lah, sebab masa aku kecik-kecik dulu, benda ni memang popular la sebagai salah satu permainan kanak-kanak. Ingat tak masa korang kecik-kecik dulu, benda ni la korang selalu main dalam kelas sampai abis kertas satu buku latihan dan bersepah kelas dengan kertas. Cikgu masuk je pengsan sebab kelas bersepah. Ahahahhaha..

Secara jujur la kan sebab aku ni tak suka menipu. Secara jujur sampai da besar ni aku masih tak reti nak lipas kertas jadi kapal terbang. Kalau dulu nak main, aku mintak la kawan aku yang buat kan. Siap je berlari naik tingkat dua pastu baling. Melayang kapal terbang kertas tu. Ahahahha. Zaman kanak-kanak memang seronok kan?

Sekarang ni memang la susah nak jumpa budak-budak main benda ni. Tak percaya, korang pergi la tengok kat sekolah-sekolah rendah. Budak-budak sekolah ni mane la nak main benda-benda ni. "tak moden la". Bak kata diorang la, bukan aku. Korang tau kan main benda ni, tapi korang tau ke mana datang kapal terbang kertas ni? Tu la, reti main je. Aha, jom aku nak kongsi sikit fakta pasal kapal terbang kertas.

Fakta Kapal Terbang Kertas

  1. Kapal terbang kertas tergolong dalam seni origami(ala yang lipat-lipat kertas tu)
  2. Bentuk kapal terbang kertas merupakan bentuk yang asas dalam seni melipat kertas
  3. Dalam bahasa Jepun dikenali sebagai kami hikoki (kami:kertas hikoki:terbang)
  4. Tahun demi tahun rekaan kapal terbang kertas ni makin maju.
  5. Tidak pasti siapa yang pertama mencipta kapal terbang kertas, tetapi orang ramai menerima pendapat bahawa Jack Norhrop telah mencipta kapal terbang kertas pada tahun 1930.
-Tamat-

(Sumber:Wikipedia)


3 comments:

Si GadisSemasa said...

aku tak penah reti lipat sampai lah aku naek sekolah menengah baru reti .

Nu'az Zee™ said...

sampai sekarang pun aku tak pernah reti nak lipat! aku buat bintang reti la..yg laen hancus..hahaha!! btw, best!

yenyenpreng said...

ey.harap-harap dapat terbangkan Aerobus tahun ni. :)