BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

NUFFNANG ADS

Monday, October 17, 2011

Bila Ditimpa Kesusahan~

Salam dan Haloooo0

Its been awhile since my last post in this blog(cheh....speaking lak ai dia). Bukan ape, bukan tak nak update blog, tapi kemalasan ni menguasai diri lebih dari segala-galanya.

Jadi dalam post kali ni nak menceritakan sedikit kesusahan yang telah menimpa diri ini dan keluarga semasa cuti Sem bermula.

Al-kisah bermula sejurus selepas ayah aku ambil aku dari kolej menuju ke Melaka. Dengan niat ingin menonton filem made in Malaysia yang terbaru pada masa itu. Riang di hati hanya Tuhan je yang tau.

Dalam perjalanan lebih kurang 5 minit dari kolej, suddenly aka tiba-tiba ayah aku mendapat panggilan dari kedai sebelah. Memang pelik lah sebab mane pernah kedai sebelah telefon. Suddenly aka tiba-tiba lagi ayah aku membuat hentian mengejut di tepi jalan dan membuat U-turn aka pusingan U dengan segera.

Dalam hati aku memang dah menjangka yang telah berlaku susuatu terhadap kedai runcit yang kami usahakan. Memang betul. Ayah aku mengatakan kedai telah terbakar. Dalam hati resah bagai nak gile. Macam mana la kalau kerosakan yang berlaku teramat teruk.

Setiba di tempat kejadian dua buah jentera Bomba telah berada di lokasi. Mujur(Alhamdulillah) tidak berlaku kerosakan teruk pada kedai. Cuma kotak kuasa utama kedai hangus teruk.


Pemilik kedai sebelah dan juga pihak Bomba betul-betul menyelamatkan keadaan daripada menjadi lebih teruk. Sangat berterima kasih pada mereka. Pada malam nya kedai tetap dibuka atas permintaan pelanggan. Walaupun meniaga dalam gelap tapi kerja tetap kerja.

Kos baik pulih hampir mencecah ratusan ringgit.



Akan tetapi kesusahan tidak berhenti disitu. Satu demi satu kesusahan yang menimpa. Hampir ribuan ringgit terpaksa dikeluarkan. Apakan daya. Takdir Tuhan terletak pada tangan-Nya. Kita hanya mampu redha atas setiap qada dan qadar.
Bersama ini seorang teman telah mengongsi sedikit nasihat~ Ketika ALLAH rindu pada HAMBANYA, Ia akan MENGIRIMKAN sebuah HADIAH ISTIMEWA melalui
MALAIKAT JIBRIL, yang ISINYA ADALAH UJIAN. Dalam hadis kudsi ALLAH berfirman, "PERGILAH PADA HAMBAKU, lalu, TIMPAKANLAH BERBAGAI UJIAN PADANYA, KERANA, AKU INGIN MENDENGAR RINTIHANNYA"

Dan dengan kemudahan teknologi sekaran kita boleh jumpa macam-macam doa(untuk orang Islam) yang bole membantu kita menempuh kesusahan dalam kehidupan. Antaranya~

اَللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً


Allaahumma Laa Sahla Illaa Maa Ja’altahu Sahlaa Wa Anta Taj’alul Hazna Idza Syi’ta Sahlaa

Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Dan apabila Engkau berkehendak, Engkau akan menjadikan kesusahan menjadi kemudahan.

Dan banyak lagi kalau dicari. Dengan itu kalau ditimpa kesusahan(nasihat kepada diri sendiri juga) jangan lah kita menyalahkan Tuhan. Sebab ape? Kerana setiap ape yang berlaku ada hikmah dan sebab dia. Jadi kita kena lah menerima dengan hati yang terbuka. :)

-Tamat-

3 comments:

aisyah jumpaan said...

wow~
teruk gile..
sskarang dah ok ke?

Herlisyatt said...

haish
bahaya nye adi
overloaded kot
lagi2 skrg musim hujan

hati2 :)

nurzainunsyafiqahayob said...

sorry to hear that..
be strong.. =)