BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

NUFFNANG ADS

Wednesday, December 29, 2010

Benda Bulat Yang Disepak-sepak


Salam dan Halooooo


Dan semestinya korang dah tau ape yang aku nak ceritakan ari ni. Pasal bola la. Bukan liputan perlawanan antara Malaysia-Indonesia ye, sebab aku bukan pembuat liputan sukan. Korang nampak gambar yang aku letak tu?(bukan men besar lagi) Korang nampak tak muka bola tu. Kesian dia kene sepak. Ish3.(aku lak sedey). Korang tak kesian ke?

Satu dunia minat permainan bola ni. Dari barat sampai utara. Dari timur ke selatan. Boleh kata dalam jiwa setiap insan bernama manusia ni mesti ada perkataan 'bola'. Tak percaya. Korang pergi jalan-jalan kat shooping mall. Pastu korang tanya la secara rambang orang yang korang jumpa. Dia minat pasukan bola yang mane? Laki mahupun perempuan. Dari muda ke tua. Semua la menjiwai permainan bola ni. Sampai bergaduh. Ahahhahaha.

Kalau cakap pasal bola semua tau la. Tapi cuba kalau kita tanya pasal sejarah bola. Aha.. Mungkin korang akan dengar jawapan ni. "orang dulu-dulu main bola guna buah kelapa." Tak ke macam mampus tu. Ahahahhahaha. Ok, korang tak tau kan? Aku pun tak tahu, tapi pas baca ada la sikit-sikit aku tau. Jom aku kongsi sikit.

Fakta Sejarah Bola Sepak

  • Permainan bola sepak moden telah lahir pada pertengahan abad ke 19 dia barat.(England kot)
  • FIFA pada 2004 mengeluarkan kenyataan yang bahawa. Jeng jeng jeng.(suspen tak). Permainan bola sepak telah lama wujud dia Tiangkok , China. Masa tu permainan ni dikenali sebagai Cu Ju(sebutan dia Ju Cu")
  • Ada jugak yang mengatakan yang permainan asal dari Jepun pada abad ke-8
  • Menurut Bill Muray dalam bukunya The World Game: History of Soccer, permainan bola sepak telah mula dikenali sejak awal Masehi. Pada masa itu masyarakat Mesir kuno sudah tau taktik membawa dan menendang bola.
  • Kat Yunani purba pun ada permainan seakan-akan bola sepak, yang disebut episcuro
-Tamat-


P/s: agak-agaknya kan, orang dulu-dulu lepas main bola bergaduh ke macam zaman sekarang. Mungkin la kan, antara siri-siri perang antara kota disebabkan tak puas hati main bola sepak. Agaknya.. =,=

3 comments:

aqish basir said...

haha..ni mst kes bola td nih
congrtes buat malaysia sbb mng...

ingat kan 2-1 mlaysia kalh.kan

kirana said...

takut ak tgk bola ko 2..
hahahaa..
xde mke lg cmel ke??
huhuhu

TehLimau said...

aqish: ahahah...idea utk malam ni.. tu la..seb bek ikut egreget...tp pemain kita even main tmpt lawan...gol satu penalti safe. hebat tu...

kirana: tak..sebab an slalu kne sepak mke dia jadi mcm tu....^_^