BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

NUFFNANG ADS

Saturday, December 25, 2010

Ah...Sori, Saya Lupa la.....Ehe XD


Salam dan Haloooo.....


Aku ada satu soalan. Dalam banyak-banyak penyakit kat dunia ni, korang rasa penyakit ape yang paling bahaya dan sering menyerang majoriti penduduk Bumi bukan penduduk Marikh? AIDS? Salah. H1N1? Salah. Demam Mawi? Mane korang belajar penyakit ni? Tak ada dalam buku un. Jawapan dia..JENG JENG JENG. Penyakit LUPA.

Korang tak rasa ke lupa ni merupakan satu penyakit yang bahaya. Ye la, mana tak bahaya, ramai orang ada yang cedera, tak pun ada yang mati pasal penyakit ni tau. Aha, sekarang korang rasa tak penyakit ni bahaya? Tak jugak? OK la. Aku bagi korang situasi yang mungkin tak pun akan berlaku dalam kehidupan korang...

Situasi 1:Suami Isteri
Isteri: Abang! Awak kahwin lagi ye? Tak cukup ke dah ada 3 orang isteri dan 30 orang anak???
Suami: Eh?! La.. yeke?? Abang dah kahwin 4 la ni? Abang LUPA la...Ehe..Dah kahwin tak le wat ape la kan?
(Esok si suami ditemui mati dikerat 100 bahagian)

Situasi 2: Pasangan kekasih
Makwa: U ni. Asik LUPA je nak datang date. Kenapa dengan U ni ha?!
Pakwa: I ada janji ke nak date dengan u? Seingat I la kan, I ada janji dengan Megan Fox je.

Situasi 3: Guru dan Murid
Murid: Cikgu, hari ni kita nak belajar ape ye?
Guru: Hurm..Erm....
(Setengah jam kemudian)
Guru: Hurm....Erm..Cikgu LUPA la
(Semua murid yang mengambil SPM dan PMR pada tahun itu FAILED 100%)

Aha..Sekarang korang percaya tak. Kan, aku da cakap da.,penyakit lupa ni memang bahaya. Ape korang tau fakta pasal lupa ni? Tak tau. Ok..meh aku kongsi sikit ape yg aku tau.

Fakta Lupa

  1. Lupa ni menyerang individu tidak kira usia, muda mahupun tua.
  2. Makan semut, salah satu penyebab lupa, jadi korang kene kurang kan makanan yang manis-manis sebab yang manis tu la semut suka. :)
  3. Ikut Islam, lupa bole dielakkan dengan banyak kan baca al-Quran, makan makanan yang seimbang, dan senaman.
  4. Jangan tengok benda yang tak elok, Bole menyebabkan lupa. Ehe
  5. Kalau selalu sangat stress un bole lupa jugak. Jadi elak kan stress ye kawan-kawan
-Tamat-



4 comments:

nawrararawks said...

Aku suka post ni sebab macam perli aku ! haha

TehLimau said...

suka ka?? ahahahhaa

Si Gadis Semasa said...

dengar tu ! jangan tengok benda tak elok . HAHA

TehLimau said...

tak tgk..mimpi je....:P