BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

NUFFNANG ADS

Tuesday, February 1, 2011

Bile: Makan tak kenyang, Tido tak lena, Mandi kurang basah

Salam dan Haloooooo....

Dah lama tak update blog ni sampai ada orang komen(thanks ye Nawra)....:D

Secara logik akal, bile korang baca je tajuk kat atas mesti korang da bole teka ape yang aku nak tulis ari ni kan? Secara(lagi) logik akal, aku tau ape korang fikir. Mesti korang fikir aku nak tulis pasal CINTA ari ni kan? Jadi....bersyukur lah, sebab ape yang korang fikirkan tu, salah dan salah belaka. Wahahahhahahahaha.....

Ape yang aku nak cerita dalam enteri kali ni....ialah....Jeng jeng jeng......


Pasal sakit perut.....ehehhehehe......

Sebab ape aku nak tulis pasal sakit perut ni? Sebab ape? Sebab ape? Sebab ape?!!!!
Sebab awal tahun ni, tahun 2o11 ni, hidup aku telah diuji dengan dugaan yang sangat la besar. Iaitu sakit perut selama hampir seminggu. Seminggu wei, bukan sehari. Korang mampu?

Memang aku tak kenyang makan, tak lena tido, mandi basah la..tapi tak senikmat mandi kalau tak sakit perut. Ehehehe... Jadi sebab ape yang menyebabkan aku sakit perut. Aku gi klinik, 'pembantu doktor' bagi tau yang aku makan tak ikut masa. Tapi aku tak percaya, sebab aku percaya 100% yang aku telah makan sesuatu yang Super Hyper Extra Pedas(bakso depan Stadyus)

Secara jujur la ek, ni kali pertama aku kene penyakit ni. Kalau dulu masa aku sekolah asrama, bile tiba musim orang ramai sakit perut pasal keracunan makanan, aku pasti dikecualikan. Walaupun aku makan satu jenis makanan dan satu meja dengan diorang. Sampaikan ada satu ketika aku cakap kat diri aku "Aku ni ada perut besi kah?". Tapi kata-kata tu telah dimusnahkan dengan peristiwa yang sadis ni. Huhuhuhuhu

Jadi aku telah cuba beberapa cara yang agak berkesan untuk mengatasi sakit perut yang terlampau ni. Cara-caranya adalah:

  1. Pergilah klinik untuk amik ubat ye kanak-kanak
  2. Minum susu banyak-banyak(aku minum Dutchlady bukan Anmum)
  3. Makan la buah-buahan(aku makan pisang satu sikat, tapi aku bukan beruk atau monyet)
  4. Makan kene jaga la, dalam tempoh pantang(macam mengandung lak) aku elakan makan benda pedas.
  5. Jaga masa makan(kurang-kurang kene pastikan perut berisi dalam 3 waktu makan sehari semalam)
-Tamat-

0 comments: