BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

NUFFNANG ADS

Wednesday, May 25, 2011

Isu Syiah Lagi.......

Salam dan Haloooo.....


Kali ni punya enteri sebenarnya tak bermaksud nak bersikap keagamaan ataupun politik. Tapi memandang isu ni pada tahun 2011 ni agak hangat. Sampai beberapa kali keluar surat khabar dan juga kaca televisyen. Berikut merupakan berita dari Sinar, 25 Mei 2011

Empat individu diberkas Jais

GOMBAK – Empat individu dipercayai pengikut ajaran Syiah diberkas kerana didakwa adakan majlis sambutan hari lahir anak perempuan Nabi Muhammad SAW dalam serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Dataran Padang Rakyat, Taman Sri Gombak, semalam.

Jais melalui Operasi Syiah menyerbu majlis didakwa istimewa untuk puteri kesayangan Nabi itu yang dihadiri kira-kira 1,000 orang.

Ketua Penguatkuasaan Agama, Mohd Rais Rashid berkata, serbuan kira-kira jam 12.30 tengah hari itu hasil maklumat orang awam.

Empat pengikut dipercayai bertindak sebagai penganjur majlis itu ditahan kerana melanggar fatwa berikutan ajaran Syiah dikategorikan sesat dan tidak boleh disebarkan melainkan diamalkan secara individu, bukan secara berjemaah.

“Fatwa diwartakan sejak 1998 itu bermaksud ia tidak boleh menyebar, mengajar, belajar atau menghidupkan kumpulan ini.

“Tambahan lagi, orang Islam dilarang berpegang kepada ajaran yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya ketika ditemui selepas serbuan itu.

Mohd Rais berkata, Jais memandang serius perbuatan seperti itu kerana mereka dilihat membawa unsur cuba kembangkan ajaran terbabit dengan menjemput orang awam ke majlis berkenaan.

Katanya, walaupun pernah dikenakan tindakan kumpulan itu seolah-olah mencabar pihak berkuasa dengan adakan majlis itu.

“Malah, mereka menjemput orang awam bukan sahaja dari negeri ini tetapi dari luar dan ini seperti menggambarkan Selangor sebagai pusat mengembangkan ajaran Syiah.

“Jais percaya mereka cuba lakukan penyebaran kerana mengedarkan surat jemputan itu kepada orang ramai termasuk pemimpin agama lain,” katanya.

Sebelum ini, 200 ahli kumpulan sama pernah ditahan pada Disember lalu di sebuah rumah kedai di sini.

Mohd Rais berkata, sebagai usaha membanteras kegiatan mereka berleluasa Jais sentiasa bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memantau pergerakan kumpulan itu di Internet.

Menurutnya, Jais turut mengambil langkah mengadakan seminar di seluruh negeri untuk memberi penjelasan mengenai ajaran itu kepada orang awam.

Katanya, seseorang yang disabit kesalahan ajaran sesat boleh dikenakan denda sehingga RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-dua sekali.

Beliau berkata, keempat-empat yang ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, berlaku kekecohan kecil selepas seorang wanita secara tiba-tiba ‘mengamuk’ dengan mendakwa bimbang keselamatan anaknya di sekolah yang sepatutnya dijemput oleh suaminya, yang turut ditahan.


Dah habis baca? Jadi ape yang nak diperkatakan sekarang adalah. Betol ke ajaran Syiah ni sesat? Syiah merupakan salah satu mazhab yg kedua terbesar selepas Sunni ataupun Sunnah wal-jamaah. Masalah nya. Dari ape yang aku sendiri tau. Syiah ni merupakan golongan yang menyayangi uhlu bait Rasulullah ataupun keluarga Rasulullah.

Sepanjang aku duk belajar pedidikan Agama Islam, belum pernah sekalipun ustaz ataupun ustazah aku cakap yang Syiah ni sesat. Ataupun dengan kata erti lain kita tak ada hak nak cakap Syiah ni sesat. Yang peliknya, fatwa yang diwartakan sejak 1998 mengatakan yang ajaran Syiah itu sesat. Aik...ini sudah bertentangan.

Korang sendiri cari la, kat internet ada laman yang akan mengatakan yang Syiah itu sesat dan ada juga yang mengatakan Syiah itu tidak sesat tetapi merupakan salah satu mazhab dalam agama Islam. Sama seperti Sunni yang ada empat mazhab iaitu Syafie, Maliki, Hambali dan Hanafi

Kalau betul sekalipun Syiah ni ajaran sesat, diorang hanya meraikan hari lahir puteri Rasulullah(tanda sayang mereka kepada keluarga baginda s.a.w) dan kemudian mereka diserbu. Tapi macam mana pula dengan sambutan Deepavali, Raya Cina, dan macam-macam lagi perayaan agama lain yang pada agama kita, agama Islam terang-terang sesat ni dibenarkan pula. Siap PM kita datang lagi memeriah dan merasmikan majlis. Tak ke pelik tu?

Kalau diorang cakap Syiah ni benci pada Sunni seperti yang mereka katakan berlaku di Iran dan lain-lain negara Islam Syiah tapi macam mana pula yang berlaku di India yang orang beragama Hindu suka-suka je bunuh orang Islam. Yang jadi kat Thailand dan sebagainya. Tak lak kita halang agama-agama lain. Kita siap hidup dalam suasana harmoni lagi. Yela, negara demokrasi la katakan.

Jadi kenapa kita nak bergaduh dan membesar-besar kan isu Syiah dan Sunni yang mana berbeza mazhab. Sedangkan pada masa yang sama orang Zionist ketawa tengok kita bergaduh. Korang sendiri tengok negara Iran yang sangat kita benci-benci tu. Yang dikenakan sekatan ekonomi dunia oleh Amerika Syarikat. Ada ke mereka merengek minta bantuan kat kita-kita ni?

Sebab ape Amerika dan Israel tak berani serang Iran, sebab terang-terang diorang ada Nuklear. Diorang cipta senjata sendiri sedangkan kita beli dari negara yang memusnahkan negara Islam lain. Tambah-tambah kita siap mengadakan hubungan perniagaan lagi. Kapal Israel siap berlabuh kat negara ni. Jadi ape cerita?

Mereka katakan Syiah ni sesat, tapi kalau betul diorang ni sesat, ajaran ni dah lama terkubur macam ajaran Ayah Pin dan sebagainya. Dan yang paling kelakar, negara yang 90% penduduk bermazhab Syiah ni juga merupakan ahli kepada OIC(Organisation of The Islamic Conference). Boleh lihat di Link. Apa cerita ni bang, kata sesat, tapi dibenarkan menjadi ahli OIC. Mengarut betol.

Sebenarnya tak ada benda sangat yang aku nak cakap kan dalam enteri kali ni. Cuma luahan pendapat je tanpa ada fakta ape pun. Jangan risau la sebab aku masih lagi pengikut Sunni, bukan Syiah. Dan aku bukan bertujuan dan memenangkan dan menyalahkan sesiapa. Cuma korang fikir-fikir la sendiri. Kalau korang disuap macam tu je oleh bahan-bahan media macam surat khabar, televisyen, radio, internet dan sebagainya tanpa korang cari sendiri kesahihan benda tersebut dan korang terus percaya, jadi tak ada guna otak yang Allah bagi kat korang.

Semoga enteri kali ini dapat membuka sedikit ruang di minda untuk mencari kebenaran dan keadilan. Bukan berpihak pada sesiapa melainkan Allah dan Rasul.

-Tamat-

0 comments: